Assalamualaikum w.b.t
Lama betul tak update blog...walaupun banyak cerita yang nak dipaparkan di sini tapi sekadar terakam di ruang fikiran dan ingatan...
Bertugas dalam bidang kewangan menuntut komitmen yang amat tinggi...di penghujung tahun sibuk dengan urusan "membeli-belah" sebelum proses penutupan akaun...ingatkan boleh berehat di awal tahun tapi nampaknya setelah 3 bulan berlalu di tahun 2012 ni...impian untuk bersantai-santai di awal tahun hanya tinggal impian...Apa tidaknya, awal-awal tahun lagi team saya dah kalut dengan pelbagai tugasan...huhu...
Apa nak buat, dah rezeki dalam bidang ni...terimalah seadanya...Alhamdulillah...saya sentiasa bermotivasi walaupun kadang-kadang timbul pelbagai insiden yang menyakitkan hati...yang sering membuatkan saya dan team selalu membebel sendiri...hehehe...
Apa-apapun tunggulah entri seterusnya daripada saya...harap-harap dapatlah saya update blog ni hari-hari nanti... :)
Sekian, wassalam...