Rabu, 24 Julai 2013

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian ilmu sempena bulan Ramadhan yang mulia...

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1  

Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

Bonus 2  

Para malaikat beristighfar untuk mereka hingga mereka berbuka

Bonus 3  

Allah memperindahkan syurga Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh  akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

Bonus 4 

Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain selain Ramadhan.

Bonus 5 

Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)." Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad).

Dipetik daripada majalah SOLUSI Edisi Khas Isu 34

Wassalam

Selasa, 23 Julai 2013

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T...diam tak diam , hari ni dah masuk hari yang ke - 14 umat Islam di negara kita menunaikan rukun Islam yang ketiga...berpuasa di bulan Ramadhan...puasa dalam erti kata yang sebenar bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga dalam waktu yang ditetapkan tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa...

Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lainnya buat semua... Semoga ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah S.W.T. dan lebih baik kualitinya dari tahun-tahun sebelum ini... In Shaa Allah...

Wassalam...

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...