Assalamualaikum w.b.t
Sedikit perkongsian ilmu sempena bulan Ramadhan yang mulia...
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:
Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
Bonus 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka hingga mereka berbuka
Bonus 3
Allah memperindahkan syurga Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).
Bonus 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain selain Ramadhan.
Bonus 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)." Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad).
Dipetik daripada majalah SOLUSI Edisi Khas Isu 34
Wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru
Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...
-
Assalamualaikum w.b.t Pada 29.02.2020 (Sabtu) bertempat di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor telah berlangsung dengan jayanya Hari Kel...
-
Assalamualaikum w.b.t. Dalam minggu cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni ramai betul orang buat kenduri kahwin, bertunang dan sebagainya term...
-
Assalamualaikum w.b.t Entri sambungan... HARI KETIGA Pagi-pagi lagi Iema dan Pah menghantar Eita dan anaknya yang akan pulang ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan