Selasa, 18 September 2012

Aidil Fitri 2012 (Part 1)


Assalamualaikum w.b.t

Syawal dah habis tapi saya baru berkesempatan nak update... Apa nak buat, dah start bz...huhu...


16082012 / Khamis...

Masih bekerja tapi ofis dah semakin lengang. Mood untuk bekerja pun dah tak de. Saya pulak kelam-kabut menghabiskan jahitan manik pada baju member seofis ni...rasa nak luruh jantung saya dibuatnya. Apa tidaknya...hari ni dah la nak ambik half day. Petang dah nak balik kampung. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dan buat tak tahu pada keadaan sekeliling (bos saya lalu pun saya buat-buat tak nampak...hehehe...), lebih kurang jam 10.00 pagi...siap jugak akhirnya jahitan saya.

Selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan kengkawan yang masih tinggal, jam 1.00 petang saya tinggalkan ofis. Balik rumah, mandi dan bersiap-siap untuk ke Pudu Sentral. Balik kali ni saya tak drive, naik bas...Alhamdulillah, perjalanan ke utara tak jammed hanya di sesetengah tempat hujan turun dengan lebat menyebabkan pergerakan kenderaan sedikit lambat. Selamat sampai di Stesyen Bas Kamunting Raya lebih kurang jam 9.30 malam.


17082012 / Jumaat...

Hari ni menyiapkan tempahan tapai pulut yang diterima oleh mak saya. Setengah hari jugak la nak menyiapkan semuanya...mujur ada kakak sepupu saya yang datang membantu...kalau berdua dengan mak saya je...mau pengsan...hahaha...penat jugak nak mengukus, mengepal dan membungkus benda alah ni.


Ini tapai orang-orang keturunan Banjar. Yang mengorder dengan mak saya ni pun semuanya berketurunan banjar. Nanti saya buat entri khas pasal tapai ni.

Lepas zohor mak dan abah saya pegi masak untuk Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin di Balai Tasawwur Islam tak jauh dari rumah saya ni. Jadi, untuk berbuka kat rumah saya hanya masak nasi dan buat sedikit cucur (jemput-jemput) kucai. Lauk pulak abah saya bawak balik dari Balai Tasawwur Islam tu...daging rebus dengan air asam.

Masuk je waktu berbuka, adik saya Ilia sekeluarga sampai dari Shah Alam...jadi berbukalah kami dengan juadah yang sedikit tu...Alhamdulillah....


18082012 / Sabtu

Jam 10.00 pagi...pergi shopping barang dapur kat Tesco Taiping Sentral. Mulanya nak tunggu adik saya si Syira yang dok kat Ipoh tu tapi lambat sangat. Hari nak balik baru sibuk nak pegi cuci kereta... Saya dengan Ilia je yang masuk Tesco manakala si kecik Adam dengan ayahnya jalan-jalan kat kedai-kedai kat luar Tesco. Punyalah ramai orang kat Tesco termasuklah dengan bangsa-bangsa lain yang sama menyibuk dok shopping jugak...Bayangkan kebanyakan sayur-sayuran kat bahagian basah tu boleh habis...

Keluar dari Tesco, tengok si kecik tu tengah seronok main kereta mainan dengan ayahnya... Tak lama lepas masuk kereta masa on the way nak balik rumah, si kecik tu dah terlena. Agaknya keletihan menunggu mama dengan mak long bershopping.

Sampai rumah apalagi terus la bersilat kat dapur. Tahun ni menu raya kami mihun sup ayam kampung, kerutub daging, rendang hati lembu dan nasi impit. Maaf ye...gambar tak de, tak ingat nak snap.

Kali ni jugak saya tak peduli langsung part nak mengemas rumah, pasang langsir berbagai...saya tinggalkan kerja tu untuk adik saya Syira yang sengaja balik lambat sebab nak mengelat tak nak buat kerja (sampai mak saya membebel..."tok sah dok balik"....). Hahaha.... Dalam pukul 2.30 lebih baru dia sampai rumah dan petangnya sempat lagi kami berdua ke Econsave Parit Buntar pulak mencari barang-barang yang tak dapat masa kat Tesco...

Malamnya...sempat siapkan seloyang kek batik (kek biskut marie)....gosok baju, telekung semua then zzzzzzzzz.....

....bersambung.

Jumaat, 7 September 2012

Salam Syawal 1433H


Assalamualaikum w.b.t

Salam Syawal buat semua...Bulan Syawal telah melepasi pertengahannya...saya baru terhegeh-hegeh nak bagi ucapan dan update pasal raya. Huhu...banyak benor virus 'M' sejak akhir-akhir ni...Alhamdulillah, dah selesai ganti puasa, begitu juga dengan sunat 6 hari di bulan Syawal. Banyak betul dugaan nak menghabiskannya...di saat orang di kiri-kanan, depan-belakang dah tidak berpuasa, balang-balang biskut raya bersusun di sisi meja kerja, jemputan open house di sana-sini...
Terima kasih Ya! Allah kerana memberi kekuatan kepada hamba Mu ini.Harap-harap lepas ini boleh buat puasa-puasa sunat yang lain pula...Insya Allah...

Cerita raya saya??? Di entri akan datang ye... :)

Rabu, 1 Ogos 2012

Ramadhan 1433H


Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadan Kareem buat semua pengunjung blog ini.

Alhamdulillah hari ini kita telah berada di hari ke-12 dalam fasa ke-2 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu... Niat dan cita-cita saya pada Ramadhan kali ini ingin menjadikannya lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Setakat ini Alhamdulillah, telah dapat membiasakan diri berbuka dengan kurma dengan air kosong, kemudian terus dengan solat maghrib. Selepas tu baru la fikir nak makan/masak apa...juga seadanya. Belum lagi menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan...:) Jimat duit saya...hehehe...

Begitu juga dengan sahur...rasanya dah beberapa tahun saya tak makan nasi masa bersahur kecuali bila dah balik kampung di penghujung Ramadhan. Bukannya malas malah tidak juga berdiet tapi barangkali disebabkan seorang diri, rasa tak berselera langsung.

Alhamdulillah...memang bukan mudah nak mendidik nafsu...Mudah-mudahan dapat istiqamah sehingga selepas Ramadhan nanti...

Insya Allah, ada lagi lebih kurang 18 hari perlu dilalui...Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dan keampunan serta dibebaskan dari api neraka...dapat berbuat sebanyak mungkin ibadah sunat dan amal kebajikan di bulan yang mulia ini...

Hingga bertemu lagi...

Rabu, 6 Jun 2012

Rezeki Orang Puasa


Assalamualaikum w.b.t





Alhamdulillah...rezeki berpuasa semalam...balik dari ofis tak payah lagi fikir nak masak apa untuk berbuka...Special thanks to my friend kat IT Department...Azlinda, Azwan dan Puan Ruhani sebab ingat kat saya kat Aras 8 ni...:) Diaorang belanja sebab dapat APC tahun ni.

Khamis, 31 Mei 2012

Melawat Ladang Anggur


Assalamualaikum w.b.t

Date : 3 Syawal 1432H

Ini entri yang dah basi sebenarnya...hahaha...apa tidaknya, dah lama malah dah berganti tahun baru nak letak kat blog. Apa-apa pun sekadar berkongsi pada yang tidak/belum mengetahui...

Back to the story...Ladang Anggur Tasik Beris ni letaknya di daerah Sik, Kedah. Datang ke sini pun secara tak dirancang. Asalnya hanya berkunjung ke rumah kawan adik saya je...maklumlah masih dalam minggu raya. Masa nak balik dari rumah yang dikunjungi tu, saya, abah dan adik saja-saja meronda sampai ke kawasan Empangan Beris. Bila dah berpusing balik tu yang kami singgah kat Ladang Anggur Tasik Beris ni.

Wow...teruja dapat tengok pohon-pohon anggur yang berbuah lebat. Tak sangka kat Malaysia pun dah ada ladang anggur. Selain di sini...setahu saya di Perlis dan Negeri Sembilan juga telah ada ladang anggur. Di sini pengunjung dibenarkan masuk ke dalam kawasan ladang dengan sedikit bayaran tetapi tidak dibenarkan untuk memetik buahnya. Maklumat lanjut berkenaan ladang ini boleh klik di sini. Berikut beberapa foto yang sempat diambil:








So, sesiapa yang berkunjung ke utara especially ke Negeri Kedah Darul Aman bolehlah berkunjung ke sini. Viewnya cantik sebab terletak di kawasan Tasik Beris. Malangnya tak teringat pulak nak ambik gambar sekitarnya...

Sekian dahulu coretan saya kali ini...
Sehingga bersua kembali...

Khamis, 24 Mei 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Assalamualaikum w.b.t

Huhu...baru berkesempatan nak buat entri pasal ni...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012 telah berlangsung mulai 27 April - 6 Mei 2012. Bertemakan "Buku: Dunia Tanpa Sempadan", PBAKL 2012 seperti biasa berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kunjungan pertama saya ke PBAKL pada tahun ni adalah pada 2 Mei yang lalu. Agak lewat daripada tahun-tahun sebelum ini sebab pada awal-awal festival saya berada di kampung. Pada tahun ini juga pertama kalinya saya berkunjung di pertengahan minggu iaitu pada hari bekerja. Dah semestinya lah saya bercuti pada hari berkenaan. Pengunjung tetap ramai terutamanya rombongan pelajar sekolah tapi pergerakan agak mudah dan tidak terlalu sesak berbanding jika pergi pada hujung minggu.


Inilah hasil rembatan saya pada PBAKL tahun ni. Itupun tak semua booth saya kunjungi. Kalau tidak mesti lebih lagi agaknya. Saya sempat berjumpa dengan novelis Norhayati Berahim dan Aina Emir di booth mereka dan berpeluang juga mendapatkan tandatangan pada novel terbaru masing-masing. Kebetulan pengunjung tak berapa ramai...kalau tidak, tak rajin la saya nak beratur untuk dapatkan tandatangan mereka.

Cadangnya nak buat kunjungan kedua pada hari-hari terakhir festival tapi cuaca tak berapa nak mengizinkan...hujan...okeylah tu...selamat RM saya...hehehe...

Misi berikutnya...membaca semua novel, buku dan majalah yang telah dibeli...dan simpan duit untuk PBAKL 2013...Insya Allah. Ye lah tu...biasanya untuk novel-novel baru saya tak tunggu festival pun sebab every month memang dah spend money untuk beli novel2 baru yang saya berkenan...

Sekian saja coretan saya buat kali ini...


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011


Assalamualaikum w.b.t

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia telah selamat dilangsungkan pada 22 Mei 2012. Majlis tahun ni berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tahun ni saya duduk di kerusi AJK je sebab tahun lepas dah jadi penerima. Mana boleh dapat tiap-tiap tahun kan...bagilah laluan kat orang lain pulak.

Ada ke yang dapat untuk dua tahun berturut-turut? Tak pasti pulak saya...tapi tak salah saya masa saya berkhidmat kat ofis lain sebelum ni ada individu yang dapat APC untuk dua tahun berturut-turut. Masa tu saya berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) jadi saya tak pernah peduli hal-hal orang yang kerja tetap ni...Pada saya tak jadi kesalahan pun...dah prestasi kerjanya bagus...kenapa mesti dipertikaikan...betul tak?

Okey, layanlah gambar-gambar yang sempat diambil:







Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan barisan AJK juga. Semoga kita semua dapat berkhidmat dengan lebih baik dan jadikan anugerah yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk menjadi lebih cemerlang di masa hadapan.

Sekian coretan saya...hingga jumpa lagi...



Selasa, 15 Mei 2012

Guru Oh Guru...


Assalamualaikum w.b.t

Sajak ini didedikasikan khas buat semua guru yang pernah mengajar saya di SK Kampung Tua, Simpang Ampat, Semanggol (1982-1987), SMK Mudzaffar Shah, Simpang Ampat, Semanggol (1988-1991, 1993-1994) dan SMK Sri Perak, Parit Buntar (1991-1992)...jasa kalian dikenang sentiasa. Buat sahabat-sahabat pembaca yang bergelar guru...semoga sentiasa tabah dan bersemangat dalam mendidik anak bangsa...Selamat Hari Guru buat semua...


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Terkenang semasa dahulu... Sajak ni istimewa di hati saya kerana pernah saya deklamasikan semasa sambutan Hari Guru 1992 di SMK Sri Perak, Parit Buntar...:)

Selasa, 24 April 2012

Menghitung Hari...


Assalamualaikum w.b.t

Macam tajuk lagu pulak tajuk entri kali ni...dalam mood menghitung hari nak balik kampung sebenarnya...punyalah excited...tiket pergi dan balik dah beli sejak dua minggu lepas lagi...malas nak drive, sorang-sorang...so tak jadi masalah...tak perlu sedia bajet untuk tol dan petrol...tak perlu fikir nak berhenti kat R&R mana...lagipun tak de banyak benda yang nak dibawa balik...memang lebih jimat naik kenderaan awam.

Dalam kepala ni dah ada macam-macam plan nak buat...harap-harap tidak sekadar plan... Seorang adik saya dah sms ajak buat bbq bila balik kampung nanti...hehehe...

Hari-hari yang tinggal dalam minggu ni kenalah bertungkus-lumus menyiapkan segala kerja yang belum selesai...Dengan nak buat 5S lagi, perbaiki dan kemaskan apa yang telah dibuat sebelum ini...aduhai, haru-biru dibuatnya...team saya dah le dah tak cukup sorang sebab cuti bersalin...30 April nak diaudit...mujur audit dalaman je...janganlah hendaknya ada mana-mana ruang kerja team saya ni diterjah sebagai ruang kerja terburuk...malu...huhu...kerja unit saya dah la tengah bertimbun sekarang ni jadi agak payah nak mencelah untuk buat kerja-kerja lain...

Sekian dahulu coretan saya untuk kali ini...hingga bertemu kembali...
Wassalam...


Isnin, 2 April 2012

Sabtu, 17 Mac 2012

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul tak update blog...walaupun banyak cerita yang nak dipaparkan di sini tapi sekadar terakam di ruang fikiran dan ingatan...

Bertugas dalam bidang kewangan menuntut komitmen yang amat tinggi...di penghujung tahun sibuk dengan urusan "membeli-belah" sebelum proses penutupan akaun...ingatkan boleh berehat di awal tahun tapi nampaknya setelah 3 bulan berlalu di tahun 2012 ni...impian untuk bersantai-santai di awal tahun hanya tinggal impian...Apa tidaknya, awal-awal tahun lagi team saya dah kalut dengan pelbagai tugasan...huhu...

Apa nak buat, dah rezeki dalam bidang ni...terimalah seadanya...Alhamdulillah...saya sentiasa bermotivasi walaupun kadang-kadang timbul pelbagai insiden yang menyakitkan  hati...yang sering membuatkan saya dan team selalu membebel sendiri...hehehe...

Apa-apapun tunggulah entri seterusnya daripada saya...harap-harap dapatlah saya update blog ni hari-hari nanti... :)

Sekian, wassalam...

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...