Rabu, 24 Julai 2013

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian ilmu sempena bulan Ramadhan yang mulia...

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1  

Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

Bonus 2  

Para malaikat beristighfar untuk mereka hingga mereka berbuka

Bonus 3  

Allah memperindahkan syurga Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh  akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

Bonus 4 

Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain selain Ramadhan.

Bonus 5 

Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)." Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad).

Dipetik daripada majalah SOLUSI Edisi Khas Isu 34

Wassalam

Selasa, 23 Julai 2013

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T...diam tak diam , hari ni dah masuk hari yang ke - 14 umat Islam di negara kita menunaikan rukun Islam yang ketiga...berpuasa di bulan Ramadhan...puasa dalam erti kata yang sebenar bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga dalam waktu yang ditetapkan tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa...

Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lainnya buat semua... Semoga ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah S.W.T. dan lebih baik kualitinya dari tahun-tahun sebelum ini... In Shaa Allah...

Wassalam...

Ahad, 23 Jun 2013

Floria Putrajaya 2013

Assalamualaikum w.bt.



Festival Bunga Dan Taman 2013 kembali menemui peminat-peminat bunga...telah bermula pada 22 Jun 2013 dan akan berakhir pada 30 Jun 2013 nanti. Lokasi pesta seperti biasa di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dengan tema pada tahun ini adalah Orkid - Khazanah Tropika. Huhu...tiba-tiba terbayang koleksi orkid abah kat kampung...

Pesta bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 10 malam (Isnin - Khamis) manakala pada hari Jumaat - Ahad akan berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Apa yang menarik pada sebelah malamnya diadakan perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api.

Saya belum berkesempatan untuk berkunjung ke tapak pesta walaupun lokasinya hanya sekangkang kera dari rumah kediaman... keadaan di Putrajaya yang turut terkena tempias jerebu sedikit-sebanyak membantutkan keinginan untuk ke sana. In Shaa Allah...mungkin di hujung minggu nanti...
Jom kawan-kawan...


Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh pelusuk tanahair...saudara, sahabat, kenalan yang bergelar guru...walau di mana kalian berada, semoga sentiasa tabah dan bersemangat dalam mendidik anak bangsa...

Bekas-bekas guru tempat aku menimba ilmu pengetahuan...
Sek. Keb. Kampung Tua, Simpang Ampat, Semanggol, Perak (1982 - 1987),
Sek. Men. Mudzaffar Shah, Simpang Ampat, Semanggol (1988 - 1990, 1993 - 1994),
Sek. Men. Sri Perak, Parit Buntar (1991 - 1992), dan
Cosmopoint Institute of Information Technology, Kuala Lumpur (1998 -2000)....

Tak lupa buat abah tersayang...guru pertamaku yang mengenalkan aku dengan huruf dan nombor...

Jasa kalian dalam mendidikku sehingga menjadi insan yang berguna akan sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat...


Ahad, 10 Mac 2013

Bersiaran Kembali...


Assalamualaikum w.b.t

Entri pertama di tahun 2013...setelah hampir 2 bulan setengah berlalu... :)

Lamanya tidak mencoret sesuatu di sini...kasihan blog ni...selalu terabai dek kesibukan tuannya dengan tugasan seharian...terkadang rasa cemburu dengan blogger-blogger lain yang setiap hari boleh meletakkan entri baru di blog mereka...itulah...orang lain ada blog, engkau pun nak berblog jugak...(marah kat diri sendiri....)

Kepada kawan-kawan yang mengikuti blog yang tak sepertinya ini...nantikan coretan-coretan baru dari saya...

Wassalam.

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...