Isnin, 24 Oktober 2011

Senyum...

Assalamualaikum w.b.t.

Berkongsi kata-kata indah ini buat memotivasikan diri sendiri serta rakan-rakan pembaca blog ini...


Senyumlah andai dirimu dilukai...
Senyumlah andai dirimu dilupai...
Senyumlah andai dirimu dikhianati...
Senyumlah andai dirimu dibebani...
Senyumlah andai dirimu disakiti...
Walau dalam apa jua situasi...
Cubalah untuk tersenyum...
Mudah-mudahan ia menjadi penawar...
Bagi segala dugaan yang melanda dirimu...
Insya Allah...

Selasa, 6 September 2011

Anak Saudara (Part III)

Assalamualaikum w.b.t

Salam AidilFitri buat semua...

AidilFitri tahun ini keluarga saya menerima seorang ahli keluarga baru...si kecil Adam Isyraff yang dilahirkan pada 27 Ogos 2011 yang lalu. Alhamdulillah, si kecil ni tak banyak ragamnya jadi tak de lah teruk benar mama dan tok nak menjaganya. Mudah-mudahan Adam akan jadi anak yang soleh dan berakhlak mulia...


Adam Isyraff
 Sekian, hingga bertemu lagi...

Jumaat, 12 Ogos 2011

Anak Saudara (Part II)

Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanya tak bercerita tentang perkembangan satu-satunya anak saudara saya buat masa ni. Masa balik kampung baru ni sempatlah jumpa sebab adik saya pun balik ke kampung.

Si kecil ni dah pandai berjalan. Penat menengok dia yang tak reti duduk diam...selagi tak tidur, selagi itulah dia dok berjalan ke sana ke mari di dalam rumah. Kalau kat luar rumah memang kena awasi betul...apa tidaknya semua tempat dia nak teroka. Yang kelakarnya bunyi kucing dia takut tapi dengan kucing tu sendiri dia tak takut...macamana tu...

Beberapa keping gambar yang sempat saya ambil…




Sekian, hingga jumpa lagi…



Selasa, 9 Ogos 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t

Setelah bertahun-tahun tidak pernah balik ke kampung pada minggu-minggu awal puasa, tahun ini saya memecah tradisi tersebut. Selalunya saya balik kampung di penghujung Ramadhan bersekali dengan cuti hari raya tapi tahun ini entahlah diri saya bagai dipanggil-panggil supaya pulang ke kampung. Kebetulan pada hari Jumaat lepas (5 Ogos) saya ada urusan di KL…mulanya ingat selepas selesai urusan nak ke ofis tapi bimbang urusan mengambil masa yang lama jadi saya mohon cuti rehat pada hari tersebut. Selepas selesai urusan saya terus ke Hentian Puduraya untuk pulang ke kampung. Dapat tiket bas jam 12.00 tengahari dan sampai ke rumah dalam jam 4.00 petang lebih kurang.

Keesokan harinya dua orang adik saya pula menyusul...Alhamdulillah, sempatlah selama dua malam saya berbuka puasa, bersahur dan bersolat terawih bersama keluarga.

Bila dah ada di kampung, punyalah malas nak balik ke Putrajaya...rasanya majoriti semua rasa macam tu kan...kalaulah boleh berlama-lama di kampung, alangkah seronoknya. Tapi apa boleh buat, perjuangan hidup mesti diteruskan...tugas sedang menanti...nak tak nak kena balik jugalah kan...

Rumahku Syurgaku (sila abaikan model berbaju merah tu ye...)

Jalan yang ditar semula. Kata abah saya sebab nak sambut kedatangan DYMM Sultan Perak.

Kat tepi rumah. Yang melata kat atas tanah tu pokok pegaga.

Mak saya sedang menyiram tanam-tanamannya


Di tepi rumah juga...

Sekian, hingga jumpa lagi...

Khamis, 4 Ogos 2011

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
 
Tengah bersiap untuk ke ofis pagi tadi terdengar lagu ni kat radio ikim.fm... Sebagaimana bait-bait lirik lagu ni, begitulah juga harapan dan cita-cita saya untuk Ramadhan kali ini...
 
 
HARAPAN RAMADHAN
(Raihan & Man Bai)
 
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


 

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan usia dan dapat lagi bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kualiti puasa dan pengisian kita semua pada Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya...amin...

Sedikit perkongsian ilmu untuk renungan kita bersama...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*qiyam - menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah.

Sekian, sehingga bertemu lagi di entri akan datang...

Jumaat, 29 Julai 2011

Setelah 21 Tahun Berlalu...

Assalamualaikum w.b.t.

Ini cerita pertemuan saya dengan ex-schoolmate masa sekolah menengah dulu. Pertemuan pertama setelah 21 tahun berlalu. Lama betul kan...Masing-masing dah berubah...dulu-dulu kecik comel je tapi sekarang masing -masing dah mengembang...hehehe...

Actually, tak rancang pun pertemuan ni tapi kebetulan menghadiri jemputan perkahwinan adik kawan saya yang berbaju biru tu...

Dari Kiri : Noor Azita Ab. Moin, Norashikin Sulaiman, Aznira Kassim (tuan rumah), saya dan Nazirah Hassan.

Dengan ex-classmate masa Form 3 - Noor Azita Ab. Moin

Teruja dengan pertemuan ni dan rasa macam terlalu banyak cerita yang nak disembangkan. Memang tak puas bersembang dalam pertemuan yang sesingkat ini. Hopefully, akan ada ruang kesempatan untuk bertemu lagi di masa-masa akan datang...Insya Allah...

Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga pada Puan Aznira kerana tanpa ingatan dan jemputan untuk ke majlis perkahwinan adiknya, selain dengan keizinan Allah S.W.T tidak kan terjadi pertemuan yang amat bermakna ini...

Rindunya pada kawan-kawan dan kenangan di alam persekolahan...

Jumaat, 15 Julai 2011

Lama Betul Tak Update...

Assalamualaikum w.b.t

Aduhai lama betul saya tak update blog nie...jenuhlah saya nak sapu segala habuk dan sawang yang ada (hehehe...). Akhir-akhir nie agak bz dengan segala bagai laporan dan kertas taklimat menghilangkan mood dan kerajinan saya untuk mengupdate blog nie...huhu...kalau dah malas tu banyak betul alasan...

P/S : Sedang mencari mood untuk merajinkan diri kembali... :)
        Tunggu ye...

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum wbt.

Ucapan Selamat Hari Ibu ini ditujukan:

(i)     Teristimewa untuk emak saya Puan Masnah binti Japri - terima kasih di atas segala-galanya yang mak dah lakukan dalam membesarkan saya dan adik-adik. Semoga mak terus sihat sejahtera dan bahagia di dunia dan akhirat.

Saya dan mak

(ii)     Buat adik-adik saya Salwati (ibu Raudah Annur) dan Iliawati (bakal ibu).

Adik-adik saya...Ilia dan Salwati

(iii)    Semua kawan-kawan yang telah bergelar ibu, mama, umi, mummy dan apa jua gelaran yang seangkatan dengannya...

(iv)   Semua yang bergelar ibu di luar sana tanpa mengira bangsa dan agama...

Semoga hari istimewa ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk menjadi ibu yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab kepada anak-anak dan keluarga masing-masing. Amin....

Sekian, hingga bertemu lagi di entri akan datang.

Jumaat, 15 April 2011

Kongsi Ilmu

Aduhai! Lamanya saya tak bersiaran... :) Agak bizi sejak akhir-akhir nie... Hari-hari pegi keje gelap, balik keje pun gelap jugak... 
Kali ni nak berkongsi sedikit ilmu dengan kengkawan semua...  disampaikan YBhg. Dr. Abu Hassan bin Hasbullah, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya sempena Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam kat ofis saya pada 13 April lalu.

Surah Al-Hujurat, ayat [12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Surah Al-An’am, ayat [153]
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah...

Selasa, 22 Mac 2011

Hobi

Ni hobi baru saya...actually baru je belajar menjahit manik ni...mula-mula dulu bila tengok orang dok jahit manik saya tak berkenan langsung. Lama-lama macam best pulak...tambah-tambah bila cubaan yang dibuat menjadi. Siap beli buku tentang cara-cara nak jahit manik :) Sampaikan ibu saudara saya dan anak-anaknya kat kampung pun dah berjangkit dengan hobi saya ni...hehehe...

Antara patern-patern mudah yang dah berjaya saya buat...


Sulam beriring kombinasi dua jenis manik
 
Kombinasi manik tabur dan sulam pintal biasa

Bunga padi

Sulam Tocang
 
Sulam pintal kombinasi pelbagai saiz manik

Saya jahit manik ni kat baju sendiri je...nak upah mahal jugak...itu yang belajar buat sendiri. Bila dah siap dan menjadi tu yang best...

Nak upah buat??? Boleh je... Nak belajar pun boleh...FOC tapi kalau minta tolong buat kena bayar le...penat ooo mengadap manik-manik tu...

Selasa, 1 Mac 2011

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni nak citer tentang aktiviti saya pada hari sabtu yang lepas (26.2.2011). Saya bersama dua orang ofismate pergi ke majlis perkahwinan adik kepada member seunit saya kat ofis ni. Majlis diadakan di rumah kedua orang tuanya di Bandar Baru Bangi bersekali dengan majlis akikah dan cukur rambut putera sulungnya Muhammad Rifqy Iskandar. Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut. Gambar ni diambil dari fb tuan rumah. Saya bawak je kamera tapi malas nak ambik gambar...


Wani, saya dan Cik Shuhada (pegang Rifqy)


Yanie (tuan rumah), Wani, saya dan Cik Shuhada...tengok la Rifqy tu...orang suruh tengok kamera, dia tengok muka orang pulak...huhu... 


Akhirnya dapat juga ambik gambar Rifqy tengah pandang kamera...comel kan...besar nanti mesti ramai peminat ni...:)


Hari Sabtu ni nak pegi makan kenduri lagi...kali ni kat Rantau Panjang, Klang pulak...sorang lagi ofismate saya akan melangsungkan perkahwinannya pada hari tersebut...so...tunggulah saya update nanti...


Khamis, 24 Februari 2011

Pertunangan Sepupu

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam minggu cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni ramai betul orang buat kenduri kahwin, bertunang dan sebagainya termasuklah sepupu saya (anak sulung mak su saya). Majlis pertunangan diadakan di rumah keluarga perempuan di Kampar, Perak. Saya pergi dengan mak dan adik-adik saya Ilia dan Syira. Abah dan adik ipar saya pula pergi ke Kulim...abah saya nak beli anak orkid kat tapak semaiannya kat sana. Saya dah pernah pergi ke tapak semaian orkid tu, jadi saya malas nak ikut...sebabnya kawasan tu luas sangat, tak larat nak berjalan...

Pagi hari Sabtu (05-02-2011) tu kami ke rumah mak su dulu kat Bukit Merah...dari sana kami konvoi dengan 6 buah kereta...ni first time saya sampai ke Kampar ni...

Mak su (yang pakai cermin mata). Mak su ni adik abah saya... 

Antara wakil sebelah lelaki (sepupu saya)...dari kiri: mak long (kakak sulung abah dan mak su), mak saya, adik saya (Ilia) dan tuan punya blog...hehehe..Yang kat belakang tu sedara-mara sebelah pak su...saya pun tak berapa kenal...

Dengan adik bongsu (Syira)

Hantaran sebelah perempuan (tema pink)

Hantaran sebelah lelaki (tema hijau)

Gambar bakal pengantin tak boleh letak lagi...Insya Allah, bila dah dilangsungkan nanti saya cerita lagi...



Rabu, 23 Februari 2011

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti Tahun Baru Cina baru ni saya bercuti panjang...ambil cuti 2 hari plus cuti Hari Wilayah dapat 9 hari cuti...balik kampung tak pegi mana-mana pun...banyak masa dihabiskan kat rumah je...Semua adik-adik saya balik kampung kecuali adik lelaki saya yang kerja kat resort kat Penang tu...

Saya balik kampung hari Ahad...hari Khamis barulah adik-adik saya Ilia dgn suaminya yang tinggal kat Prima Damansara dan Syira yang kat Ipoh tu balik...

Hari Khamis tu saya, mak, adik saya Ilia dan suaminya pergi ke Bandar Bharu, Kedah (rumah mak mertua adik saya yang lagi sorang tu). Adik saya tu rindu sangat nak tengok anak buahnya...si kecik yang saya ceritakan dalam entri sebelum ni...antara kami semua, saya dengan Ilia yang paling jauh...merantau kat Lembah Kelang ni...that's why kami berdua jarang-jarang balik kampung...kena la berjimat cermat...nak kumpul harta serba sikit...:)

Masa kitaorang sampai, besan mak saya ni tengah sibuk sediakan hantaran untuk majlis pertunangan anaknya yang akan berlangsung pada sebelah petangnya di Sungai Petani...so, kami layan diri je lah...sempat lagi bergambar dengan si kecik tu...

 

 Tengah asyik membelek sarung kamera...dia ingat barang mainan dia kot...

 Dengan mak long Ruzie dan tok Bah.

 Dengan mak lang Ilia, mak long Ruzie dan tok Bah. Insya Allah, lepas ni si kecik ni akan dapat kawan sebab mak lang Ilia dah berbadan dua...

Raudah dengan ibunya.

Dari Bandar Bharu kami terus balik rumah...Petangnya saya buat laksa sarawak tapi tak ambik gambar la pulak...

Anak Saudara (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Budak kecik ni anak saudara sulung dalam famili saya... anak adik saya...namanya Raudah Annur...si kecil inilah yang membuatkan ibu-ibu saudaranya rasa nak balik kampung selalu...kalau boleh balik kampung tiap-tiap minggu pun tak pe... :)

17 hari

Lahir tak cukup bulan...pastu kena kuning pulak...berat masa lahir tak sampai 2kg...kesian sangat...nak pegang pun takut...

2 bulan

Alhamdulillah...masa ni tubuhnya dah berisi...masa ni tak berapa seronok lagi sebab si kecik ni asyik tido je...tapi dalam pukul 2.00 pagi dia start la merengek sampai ke subuh...

4 bulan

Masa ni si kecik ni dah membesar dengan jayanya...tengoklah muka dia tu punya la tembam...sampaikan adik lelaki saya macam tak percaya itu anak buahnya...hahaha...

13 bulan

Masa ni si kecik ni dah pandai menyulur dan dah pandai mengajak orang sekelilingnya bermain dengan dia...

16 bulan  

Gambar terbaru diambil masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru nie...dah pandai duduk sendiri...berdiri dan berjalan sambil berpaut kat dinding/kerusi dan apa-apa je lah yang boleh dia pegang...masa saya sampai rumah mak abah saya, budak kecik ni baru bangun tido...saya nak pegang je dia dah merangkak kat ibu dia...padan muka mak long...lama tak balik kampung sampai anak saudara pun tak kenal...

Selasa, 22 Februari 2011

Bersawang

Assalamualaikum w.b.t.

Aduhai! Awal-awal lagi dah bersawang blog ni...:(
Kesibukan melanda sejak akhir-akhir ni...banyak entri hanya berlegar di dalam fikiran tapi tak sempat nak dimasukkan ke blog ni...

Nanti-nantilah ye...siapkan kerja lebih penting dan utama sebab nanti gaji yang diperolehi akan jadi darah daging kita...Betul tak???

Rabu, 9 Februari 2011

Coretan Pertama

Assalamualaikum w.b.t

Ini post pertama saya. Actually, baru belajar dan mengasah kembali bakat menulis yang telah lama ditinggalkan.

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...