Jumaat, 12 Ogos 2011

Anak Saudara (Part II)

Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanya tak bercerita tentang perkembangan satu-satunya anak saudara saya buat masa ni. Masa balik kampung baru ni sempatlah jumpa sebab adik saya pun balik ke kampung.

Si kecil ni dah pandai berjalan. Penat menengok dia yang tak reti duduk diam...selagi tak tidur, selagi itulah dia dok berjalan ke sana ke mari di dalam rumah. Kalau kat luar rumah memang kena awasi betul...apa tidaknya semua tempat dia nak teroka. Yang kelakarnya bunyi kucing dia takut tapi dengan kucing tu sendiri dia tak takut...macamana tu...

Beberapa keping gambar yang sempat saya ambil…




Sekian, hingga jumpa lagi…



Selasa, 9 Ogos 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t

Setelah bertahun-tahun tidak pernah balik ke kampung pada minggu-minggu awal puasa, tahun ini saya memecah tradisi tersebut. Selalunya saya balik kampung di penghujung Ramadhan bersekali dengan cuti hari raya tapi tahun ini entahlah diri saya bagai dipanggil-panggil supaya pulang ke kampung. Kebetulan pada hari Jumaat lepas (5 Ogos) saya ada urusan di KL…mulanya ingat selepas selesai urusan nak ke ofis tapi bimbang urusan mengambil masa yang lama jadi saya mohon cuti rehat pada hari tersebut. Selepas selesai urusan saya terus ke Hentian Puduraya untuk pulang ke kampung. Dapat tiket bas jam 12.00 tengahari dan sampai ke rumah dalam jam 4.00 petang lebih kurang.

Keesokan harinya dua orang adik saya pula menyusul...Alhamdulillah, sempatlah selama dua malam saya berbuka puasa, bersahur dan bersolat terawih bersama keluarga.

Bila dah ada di kampung, punyalah malas nak balik ke Putrajaya...rasanya majoriti semua rasa macam tu kan...kalaulah boleh berlama-lama di kampung, alangkah seronoknya. Tapi apa boleh buat, perjuangan hidup mesti diteruskan...tugas sedang menanti...nak tak nak kena balik jugalah kan...

Rumahku Syurgaku (sila abaikan model berbaju merah tu ye...)

Jalan yang ditar semula. Kata abah saya sebab nak sambut kedatangan DYMM Sultan Perak.

Kat tepi rumah. Yang melata kat atas tanah tu pokok pegaga.

Mak saya sedang menyiram tanam-tanamannya


Di tepi rumah juga...

Sekian, hingga jumpa lagi...

Khamis, 4 Ogos 2011

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
 
Tengah bersiap untuk ke ofis pagi tadi terdengar lagu ni kat radio ikim.fm... Sebagaimana bait-bait lirik lagu ni, begitulah juga harapan dan cita-cita saya untuk Ramadhan kali ini...
 
 
HARAPAN RAMADHAN
(Raihan & Man Bai)
 
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


 

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan usia dan dapat lagi bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kualiti puasa dan pengisian kita semua pada Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya...amin...

Sedikit perkongsian ilmu untuk renungan kita bersama...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*qiyam - menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah.

Sekian, sehingga bertemu lagi di entri akan datang...

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...