Sabtu, 14 Januari 2017

Trip To Langkawi (Part 2)


Assalamualaikum w.b.t

Entri sambungan...

HARI KEDUA

Seperti pada sebelah malamnya, pagi ini Pah dan Azie mendominasi ruang dapur. Pagi ini giliran rumah sebelah menyediakan sarapan. Pah dan Azie hanya memanaskan baki makanan malam kami. Sarapan kami pada pagi ini adalah bihun tomyam, sandwich sardin yang disediakan oleh Ija dan adik-adiknya serta kuih cucur badak dan karipap...kuih sejuk beku hasil tangan Azie...manakala aku seperti biasa jadi mandur dan tukang basuh pinggan serta mengemas dapur :D



Semasa sarapan kami diberitahu oleh Iema bahawa ada jemputan makan tengahari daripada bekas jirannya di Kilim. Memandangkan masih awal untuk ke sana, kami mengambil keputusan untuk ke Dataran Lang terlebih dahulu. Inilah kunjungan aku buat kali yang pertama di sini walaupun telah berkali-kali menjejakkan kaki ke Langkawi yang kebanyakannya adalah atas urusan rasmi... Kami menghabiskan masa di sini dengan mengambil gambar. Angin laut yang bertiup menyamankan biarpun berada di bawah terik mentari...






Lebih kurang jam 11.00 pagi kami bertolak ke Kilim. Rupa-rupanya ada program remaja/belia Asean di sana dan kawan Iema suami isteri terlibat sebagai urusetia di program tersebut.  Sementara menanti acara selesai dan dijemput untuk menikmati makan tengahari, kami berehat di jeti Kilim. Kami juga dipelawa untuk mengelilingi pulau dengan menaiki bot dengan harga RM150.00 bagi satu bot. Memandangkan harga yang ditawarkan sangat berbaloi, kami tidak melepaskan peluang tersebut.  Antara aktiviti yang dilakukan adalah memberi makan burung helang, singgah di sangkar pemeliharaan ikan dan mengelilingi pulau-pulau kecil yang berada di berada di perairan Langkawi...








 

Sekembalinya di jeti kami menunaikan solat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Kami menuju ke pantai Chenang...aktiviti kami sekadar bersiar-siar dan bergambar. Kemudiannya kami singgah di gerai menjual laksa...misi untuk makan laksa ikan sekoq (seekor) tidak kesampaian sebab ikan dah habis...ikan digantikan dengan telur sebiji...kami jugak turut memesan pasembor dan rojak buah...rasa okeylah...makan di tepi laut ditemani tiupan angin...memang nyaman dan mendamaikan...




Selesai makan kami menuju ke pekan Kuah...shopping time...aku hanya membeli coklat kiriman adik-adik dan kawan seunit serta buah tangan untuk kawan-kawan di ofis. Kemudiannya kami ke pasar malam yang diadakan di kawasan tersebut juga...aku hanya membeli sehelai blouse. Selesai shopping barang-barang yang dihajati, ada di antara kami yang ingin kembali ke Dataran Lang. Akhirnya kami berpecah dua...satu kereta ke Dataran Lang manakala satu lagi kereta kembali ke homestay.

Apabila rombongan yang ke Dataran Lang kembali ke homestay, ingatkan nak terus tidur je...ada pula yang mencadangkan agar terus masak untuk sarapan pagi esoknya...yang kelakarnya konon-konon masak untuk sarapan tapi tapi lepas siap masak ada pulak yang nak makan...lastly semua pakat makan...jam 2.00 pagi...hihihi

Alhamdulillah...berakhir aktiviti untuk hari yang kedua...

Hingga jumpa lagi...


Ahad, 8 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017


Assalamualaikum w.b.t


Setelah seminggu berlalu...tahun 2016 melabuhkan tirainya bersama pelbagai peristiwa pahit dan manis yang pastinya akan memberikan pengajaran dan meninggalkan kenangan dalam meneruskan perjalanan kehidupan.

2017 akan ditempuhi dengan penuh doa dan harapan...semoga segala urusan yang telah dirancang dan bakal dilalui...peribadi, keluarga, kerjaya, dan lain-lain dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah Subhanawataa'la...In Shaa Allah...

Sekian, hingga bertemu lagi...


Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...