Khamis, 31 Mei 2012

Melawat Ladang Anggur


Assalamualaikum w.b.t

Date : 3 Syawal 1432H

Ini entri yang dah basi sebenarnya...hahaha...apa tidaknya, dah lama malah dah berganti tahun baru nak letak kat blog. Apa-apa pun sekadar berkongsi pada yang tidak/belum mengetahui...

Back to the story...Ladang Anggur Tasik Beris ni letaknya di daerah Sik, Kedah. Datang ke sini pun secara tak dirancang. Asalnya hanya berkunjung ke rumah kawan adik saya je...maklumlah masih dalam minggu raya. Masa nak balik dari rumah yang dikunjungi tu, saya, abah dan adik saja-saja meronda sampai ke kawasan Empangan Beris. Bila dah berpusing balik tu yang kami singgah kat Ladang Anggur Tasik Beris ni.

Wow...teruja dapat tengok pohon-pohon anggur yang berbuah lebat. Tak sangka kat Malaysia pun dah ada ladang anggur. Selain di sini...setahu saya di Perlis dan Negeri Sembilan juga telah ada ladang anggur. Di sini pengunjung dibenarkan masuk ke dalam kawasan ladang dengan sedikit bayaran tetapi tidak dibenarkan untuk memetik buahnya. Maklumat lanjut berkenaan ladang ini boleh klik di sini. Berikut beberapa foto yang sempat diambil:








So, sesiapa yang berkunjung ke utara especially ke Negeri Kedah Darul Aman bolehlah berkunjung ke sini. Viewnya cantik sebab terletak di kawasan Tasik Beris. Malangnya tak teringat pulak nak ambik gambar sekitarnya...

Sekian dahulu coretan saya kali ini...
Sehingga bersua kembali...

Khamis, 24 Mei 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Assalamualaikum w.b.t

Huhu...baru berkesempatan nak buat entri pasal ni...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012 telah berlangsung mulai 27 April - 6 Mei 2012. Bertemakan "Buku: Dunia Tanpa Sempadan", PBAKL 2012 seperti biasa berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kunjungan pertama saya ke PBAKL pada tahun ni adalah pada 2 Mei yang lalu. Agak lewat daripada tahun-tahun sebelum ini sebab pada awal-awal festival saya berada di kampung. Pada tahun ini juga pertama kalinya saya berkunjung di pertengahan minggu iaitu pada hari bekerja. Dah semestinya lah saya bercuti pada hari berkenaan. Pengunjung tetap ramai terutamanya rombongan pelajar sekolah tapi pergerakan agak mudah dan tidak terlalu sesak berbanding jika pergi pada hujung minggu.


Inilah hasil rembatan saya pada PBAKL tahun ni. Itupun tak semua booth saya kunjungi. Kalau tidak mesti lebih lagi agaknya. Saya sempat berjumpa dengan novelis Norhayati Berahim dan Aina Emir di booth mereka dan berpeluang juga mendapatkan tandatangan pada novel terbaru masing-masing. Kebetulan pengunjung tak berapa ramai...kalau tidak, tak rajin la saya nak beratur untuk dapatkan tandatangan mereka.

Cadangnya nak buat kunjungan kedua pada hari-hari terakhir festival tapi cuaca tak berapa nak mengizinkan...hujan...okeylah tu...selamat RM saya...hehehe...

Misi berikutnya...membaca semua novel, buku dan majalah yang telah dibeli...dan simpan duit untuk PBAKL 2013...Insya Allah. Ye lah tu...biasanya untuk novel-novel baru saya tak tunggu festival pun sebab every month memang dah spend money untuk beli novel2 baru yang saya berkenan...

Sekian saja coretan saya buat kali ini...


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011


Assalamualaikum w.b.t

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia telah selamat dilangsungkan pada 22 Mei 2012. Majlis tahun ni berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tahun ni saya duduk di kerusi AJK je sebab tahun lepas dah jadi penerima. Mana boleh dapat tiap-tiap tahun kan...bagilah laluan kat orang lain pulak.

Ada ke yang dapat untuk dua tahun berturut-turut? Tak pasti pulak saya...tapi tak salah saya masa saya berkhidmat kat ofis lain sebelum ni ada individu yang dapat APC untuk dua tahun berturut-turut. Masa tu saya berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) jadi saya tak pernah peduli hal-hal orang yang kerja tetap ni...Pada saya tak jadi kesalahan pun...dah prestasi kerjanya bagus...kenapa mesti dipertikaikan...betul tak?

Okey, layanlah gambar-gambar yang sempat diambil:







Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan barisan AJK juga. Semoga kita semua dapat berkhidmat dengan lebih baik dan jadikan anugerah yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk menjadi lebih cemerlang di masa hadapan.

Sekian coretan saya...hingga jumpa lagi...



Selasa, 15 Mei 2012

Guru Oh Guru...


Assalamualaikum w.b.t

Sajak ini didedikasikan khas buat semua guru yang pernah mengajar saya di SK Kampung Tua, Simpang Ampat, Semanggol (1982-1987), SMK Mudzaffar Shah, Simpang Ampat, Semanggol (1988-1991, 1993-1994) dan SMK Sri Perak, Parit Buntar (1991-1992)...jasa kalian dikenang sentiasa. Buat sahabat-sahabat pembaca yang bergelar guru...semoga sentiasa tabah dan bersemangat dalam mendidik anak bangsa...Selamat Hari Guru buat semua...


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Terkenang semasa dahulu... Sajak ni istimewa di hati saya kerana pernah saya deklamasikan semasa sambutan Hari Guru 1992 di SMK Sri Perak, Parit Buntar...:)

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...