Selasa, 18 September 2012

Aidil Fitri 2012 (Part 1)


Assalamualaikum w.b.t

Syawal dah habis tapi saya baru berkesempatan nak update... Apa nak buat, dah start bz...huhu...


16082012 / Khamis...

Masih bekerja tapi ofis dah semakin lengang. Mood untuk bekerja pun dah tak de. Saya pulak kelam-kabut menghabiskan jahitan manik pada baju member seofis ni...rasa nak luruh jantung saya dibuatnya. Apa tidaknya...hari ni dah la nak ambik half day. Petang dah nak balik kampung. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dan buat tak tahu pada keadaan sekeliling (bos saya lalu pun saya buat-buat tak nampak...hehehe...), lebih kurang jam 10.00 pagi...siap jugak akhirnya jahitan saya.

Selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan kengkawan yang masih tinggal, jam 1.00 petang saya tinggalkan ofis. Balik rumah, mandi dan bersiap-siap untuk ke Pudu Sentral. Balik kali ni saya tak drive, naik bas...Alhamdulillah, perjalanan ke utara tak jammed hanya di sesetengah tempat hujan turun dengan lebat menyebabkan pergerakan kenderaan sedikit lambat. Selamat sampai di Stesyen Bas Kamunting Raya lebih kurang jam 9.30 malam.


17082012 / Jumaat...

Hari ni menyiapkan tempahan tapai pulut yang diterima oleh mak saya. Setengah hari jugak la nak menyiapkan semuanya...mujur ada kakak sepupu saya yang datang membantu...kalau berdua dengan mak saya je...mau pengsan...hahaha...penat jugak nak mengukus, mengepal dan membungkus benda alah ni.


Ini tapai orang-orang keturunan Banjar. Yang mengorder dengan mak saya ni pun semuanya berketurunan banjar. Nanti saya buat entri khas pasal tapai ni.

Lepas zohor mak dan abah saya pegi masak untuk Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin di Balai Tasawwur Islam tak jauh dari rumah saya ni. Jadi, untuk berbuka kat rumah saya hanya masak nasi dan buat sedikit cucur (jemput-jemput) kucai. Lauk pulak abah saya bawak balik dari Balai Tasawwur Islam tu...daging rebus dengan air asam.

Masuk je waktu berbuka, adik saya Ilia sekeluarga sampai dari Shah Alam...jadi berbukalah kami dengan juadah yang sedikit tu...Alhamdulillah....


18082012 / Sabtu

Jam 10.00 pagi...pergi shopping barang dapur kat Tesco Taiping Sentral. Mulanya nak tunggu adik saya si Syira yang dok kat Ipoh tu tapi lambat sangat. Hari nak balik baru sibuk nak pegi cuci kereta... Saya dengan Ilia je yang masuk Tesco manakala si kecik Adam dengan ayahnya jalan-jalan kat kedai-kedai kat luar Tesco. Punyalah ramai orang kat Tesco termasuklah dengan bangsa-bangsa lain yang sama menyibuk dok shopping jugak...Bayangkan kebanyakan sayur-sayuran kat bahagian basah tu boleh habis...

Keluar dari Tesco, tengok si kecik tu tengah seronok main kereta mainan dengan ayahnya... Tak lama lepas masuk kereta masa on the way nak balik rumah, si kecik tu dah terlena. Agaknya keletihan menunggu mama dengan mak long bershopping.

Sampai rumah apalagi terus la bersilat kat dapur. Tahun ni menu raya kami mihun sup ayam kampung, kerutub daging, rendang hati lembu dan nasi impit. Maaf ye...gambar tak de, tak ingat nak snap.

Kali ni jugak saya tak peduli langsung part nak mengemas rumah, pasang langsir berbagai...saya tinggalkan kerja tu untuk adik saya Syira yang sengaja balik lambat sebab nak mengelat tak nak buat kerja (sampai mak saya membebel..."tok sah dok balik"....). Hahaha.... Dalam pukul 2.30 lebih baru dia sampai rumah dan petangnya sempat lagi kami berdua ke Econsave Parit Buntar pulak mencari barang-barang yang tak dapat masa kat Tesco...

Malamnya...sempat siapkan seloyang kek batik (kek biskut marie)....gosok baju, telekung semua then zzzzzzzzz.....

....bersambung.

Jumaat, 7 September 2012

Salam Syawal 1433H


Assalamualaikum w.b.t

Salam Syawal buat semua...Bulan Syawal telah melepasi pertengahannya...saya baru terhegeh-hegeh nak bagi ucapan dan update pasal raya. Huhu...banyak benor virus 'M' sejak akhir-akhir ni...Alhamdulillah, dah selesai ganti puasa, begitu juga dengan sunat 6 hari di bulan Syawal. Banyak betul dugaan nak menghabiskannya...di saat orang di kiri-kanan, depan-belakang dah tidak berpuasa, balang-balang biskut raya bersusun di sisi meja kerja, jemputan open house di sana-sini...
Terima kasih Ya! Allah kerana memberi kekuatan kepada hamba Mu ini.Harap-harap lepas ini boleh buat puasa-puasa sunat yang lain pula...Insya Allah...

Cerita raya saya??? Di entri akan datang ye... :)

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...