Assalamualaikum w.b.t.
Ini cerita pertemuan saya dengan ex-schoolmate masa sekolah menengah dulu. Pertemuan pertama setelah 21 tahun berlalu. Lama betul kan...Masing-masing dah berubah...dulu-dulu kecik comel je tapi sekarang masing -masing dah mengembang...hehehe...
Actually, tak rancang pun pertemuan ni tapi kebetulan menghadiri jemputan perkahwinan adik kawan saya yang berbaju biru tu...
Dari Kiri : Noor Azita Ab. Moin, Norashikin Sulaiman, Aznira Kassim (tuan rumah), saya dan Nazirah Hassan. |
Teruja dengan pertemuan ni dan rasa macam terlalu banyak cerita yang nak disembangkan. Memang tak puas bersembang dalam pertemuan yang sesingkat ini. Hopefully, akan ada ruang kesempatan untuk bertemu lagi di masa-masa akan datang...Insya Allah...
Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga pada Puan Aznira kerana tanpa ingatan dan jemputan untuk ke majlis perkahwinan adiknya, selain dengan keizinan Allah S.W.T tidak kan terjadi pertemuan yang amat bermakna ini...
Rindunya pada kawan-kawan dan kenangan di alam persekolahan...