Rabu, 8 Februari 2017

Trip To Langkawi (Part 3)


Assalamualaikum w.b.t

Entri sambungan...

HARI KETIGA

Pagi-pagi lagi Iema dan Pah menghantar Eita dan anaknya yang akan pulang dahulu dengan flight pagi. Selepas bersarapan, kami check out dari homestay dan meninggalkan beg di kedai jahit milik tuan punya homestay yang terletak bersebelahan dengan homestay yang kami inap.

Destinasi kami yang pertama pada hari ini adalah kembali ke kompleks Beras Terbakar kerana ada antara kami yang ingin mencari sesuatu di sini. Setelah mendapat apa yang dihajati, kami meneruskan perjalanan menuju ke The Oriental Village...cadangnya mahu menaiki cable car tapi disebabkan terlalu ramai pengunjung dan masa kami yang terhad, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan. Akhirnya kami sepakat untuk masuk ke 3D Art Museum yang terletak di dalam kawasan yang sama.

3D Art Museum Langkawi dengan keluasan 21,000 kaki persegi merupakan muzium 3D terbesar di Malaysia. Mengandungi lebih daripada 100 lukisan interaktif 3D...ia terbahagi kepada 9 zon antaranya Zon Akuarium, Zon Safari dan Zon Fantasi. Bayaran masuk adalah sebanyak RM30 seorang...tetapi bagi pemegang kad pengenalan beralamat negeri Kedah akan mendapat diskaun beberapa ringgit. Puaslah kami bergambar di dalam muzium berkenaan dengan pelbagai aksi supaya gambar yang dihasilkan nampak hidup dengan lukisan-lukisan yang berada di situ.





Agak lama juga kami berada di 3D Art Museum. Seterusnya kami mencari tempat untuk makan tengahari. Orang ramai di mana-mana...pusing punya pusing akhirnya kami singgah di restoran Marrybrown sahaja...jadilah sebagai mengalas perut.

Selesai makan kami kembali ke homestay untuk mengambil beg dan terus menuju ke airport. Aku, Nor dan Saba terbang ke Kuala Lumpur manakala Along dan yang lain-lainya terbang ke Pulau Pinang sebelum kembali ke destinasi masing-masing...maka berakhirlah trip sulung group Throwback ex-SMMS 1988 - 1994 selama 3 hari 2 malam di Langkawi...

Next trip...ke manakah pula...tunggu...😄

Sekian, hingga jumpa lagi...


Tiada ulasan:

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...