Isnin, 13 Februari 2017

Trip 2016 : Jalan-Jalan Ke Sabah - Part 1 (Perancangan dan Persediaan)


Assalamualaikum w.b.t

Susah betul nak memulakan catatan trip ke Sabah ni...dok buka tutup buka tutup buku catatan, entrinya tak keluar-keluar jugak 😄

Nak tahu macamana boleh sampai menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu ni? Segalanya bermula bila group whatsapp Throwback exSMMS 1975 mula bertanya tentang trip tahunan... So, as the group admin aku pun minta la mereka berikan cadangan destinasi-destinasi yang ingin dikunjungi...apalagi macam-macam la yang keluar...Pulau Tioman...Pulau Redang...Pulau Perhentian...Kundasang...

Setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti tarikh, keadaan cuaca dan sebagainya...akhirnya Kundasang dan Kota Kinabalu dipilih sebagai destinasi trip tahunan group pada kali ini...Haha...ada dah yang teringat drama Dejavu di Kinabalu...

Details trip seperti berikut:

Tarikh:

8 - 11 Disember 2016...tarikh ni dipilih sebab beri peluang pada ahli group yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan SPM untuk turut serta. Kami tetapkan tarikh tutup untuk buat keputusan ikut atau tidak sehingga 20 November 2016.

Penginapan:

Kota Kinabalu

D'Azzam Homestay (jumpa kat facebook...ada promosi masa tu...boleh ambil pakej sekali dengan transport dan pemandu - jika nak). So, lepas berbincang dengan beberapa ahli group yang dah confirm untuk join trip, aku booking terus...senang sebab tak perlu cari lain dah untuk transport dan pemandu). Total cost RM1,230.00 (sewa kereta Alza dan gaji pemandu untuk 4 hari dan sewa homestay selama 3 hari 2 malam). Lokasi di Cyber City Apartment, Kepayan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu...hanya beberapa minit perjalanan dengan menaiki kenderaan.

Kundasang

Rancangan asal nak stay di Kiram's Village Cabin tapi masa aku tanya owner...pada tarikh trip kami hanya tinggal unit besar yang boleh memuatkan lebih 12 orang...rasa seriau pulak nak stay kat homestay yang besar...2 tingkat pulak tu...tambahan pula di tempat yang tak pernah kami jejaki. Ingatkan aku sorang yang berperasaan macam tu...rupa-rupanya kawan-kawan yang lain pun berperasaan yang sama 😅

Terpaksalah aku blogwalking mencari dan membaca review dan pengalaman para pengunjung yang terlebih dahulu menginap di homestay-homestay yang ada di sana. Akhirnya dari sekian banyak homestay yang dicari aku memilih Salman's Homestay yang terletak di Kg Mesilou, Kundasang. Kos sewa RM200 semalam dan mempunyai 2 bilik, 1 bilik air dan dapur.

Tiket Flight:

Arrange by Along@Zta yang memang expert dalam bab-bab urusan tiket ni... Kos tiket pergi-balik Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur  lebih kurang RM425 seorang. Kalau beli lagi awal berkemungkinan boleh dapat lagi murah agaknya 😉

Final Participant:

Akhirnya sehingga sampai tarikh tutup hanya 5 orang (termasuk aku) yang betul-betul confirm untuk menjayakan trip ini. Seorang daripada kami membawa anaknya menjadikan ahli rombongan kami berjumlah 6 orang kesemuanya. Siapa ahli rombongan kali ini...tunggu cerita berikutnya di entry akan datang...

Kinabalu dari luar Desa Cattle Dairy Farm
 Hingga jumpa lagi...


Tiada ulasan:

Eid Mubarak 1442H - Sambutan Aidilfitri Dalam PKP dan Norma Baru

 Assalamualaikum w.b.t 13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442H Kad Raya Alaf Baru Alhamdulillah...Syawal datang lagi setelah sebulan berpuasa di bulan ...