Assalamualaikum w.b.t
Day 1 : 8/12/2016
Hari yang dinanti dah tiba. Aku tumpang Mala ke Putrajaya Sentral...sebab Mala nak tinggalkan kereta di sana...kami naik train pukul 8.05 ke Klia2 dan sampai lebih kurang sama dengan Along dan Ija yang bergerak dari Penang. Setelah semua berkumpul kami breakfast dahulu sementara menanti masa untuk terbang...masuk kedai Atok (KFC) je sebab itu yang paling mudah dan cepat 😊
Breakfast dulu |
Kami menaiki penerbangan pada jam 10.25 pagi dan tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) lebih kurang pada jam 1.00 petang. Sempat lagi bergambar di ruang ketibaan...sebagai bukti dah sampai...hihi
Dah sampai...bergambar dulu |
Rombongan kecil kami |
Rombongan kecil kami...enam orang semuanya termasuk tukang ambil gambar (anak Mala). Keluar dari terminal, pemandu yang ditempah bersekali dengan transport dan homestay telah sedia menunggu... Wan Azhanis namanya...ibunya berasal dari Pulau Labuan manakala ayahnya berasal dari Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan Darul Naim)...jiwanya lebih dekat dengan tanah kelahiran ayahnya katanya... Alhamdulillah...bertemu dengan orang yang baik-baik malah rasanya dia pulak yang pening dengan gelagat kami...
Beg kami yang besar-besar tu kami tinggalkan di rumah sewa Wan...hanya bawak barang yang perlu untuk sebelah malam dan esoknya sahaja ke homestay di Kundasang.
Kami singgah makan tengahari terlebih dahulu di D'Lengkuas...restoran milik orang Kelantan...dan kemudiannya singgah di Bataras Superstore untuk membeli barang keperluan semasa di Kundasang nanti. Kedua-dua premis ini terletak di kawasan Sembulan. Lebih kurang jam 4.00 petang barulah kami bergerak ke Kundasang.
Kami sampai di Salman Homestay lebih kurang pada jam 7.00 petang tapi suasananya bagaikan jam 9.00 malam di tanah Semenanjung. Homestay comel ini mempunyai 2 buah bilik (satu bilik mempunyai satu katil bersaiz queen manakala satu bilik lagi dilengkapi dengan satu katil double decker dan satu katil bersaiz single), bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air, ruang tamu dilengkapi televisyen dan dapur beserta beberapa peralatan asas untuk memasak.
Masak dinner |
Setelah meletakkan beg dan barang-barang yang dibawa kami memulakan misi memasak makan malam. Menu kami malam ini adalah mihun goreng tomyam, telur goreng mata kerbau dan air teh dan kopi panas. Alhamdulillah...nikmatnya dapat menghirup air panas di dalam kedinginan cuaca yang menggigit hingga ke tulang hitam.
Dinner malam pertama |
Bersambung di entry yang berikutnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan